Hanya yang terima SMS atau WhatsApp boleh solat di masjid

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Hanya individu yang menerima mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi WhatsApp dibenarkan hadir dan boleh mendaftar bagi mengerjakan solat jemaah atau Jumaat di masjid atau surau dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini.

-Advertisement-

Mesej berkenaan akan dimaklumkan kepada ahli kariah melalui ahli jawatankuasa masjid atau surau Jumaat berkenaan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail, berkata terdapat lima cadangan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh JAWI kepada semua pengerusi masjid dan surau Jumaat yang berada dalam zon hijau bagi menentukan jemaah yang dibenarkan hadir.

-Advertisement-

“Penggiliran untuk ahli kariah yang dibenarkan mengerjakan solat adalah tertakluk kepada keputusan sama ada oleh pentadbir masjid atau surau itu sendiri iaitu dalam kalangan pengerusi, ketua imam dan imam.

“Mereka akan membuat pemilihan ahli kariah tertentu dengan jumlah maksimum yang dibenarkan iaitu tidak melebihi 30 orang termasuk pegawai dan jawatankuasa bagi sesebuah masjid atau surau Jumaat,” katanya

Menurut Mohd Ajib, keutamaan bagi jemaah yang dibenarkan hadir adalah dalam kalangan ahli jawatankuasa masjid atau surau termasuk pengerusi, jawatankuasa kariah, ketua imam, pegawai masjid dan petugas yang berkaitan.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share