Kawasan Pudu kini ‘dikepung’ kawat duri

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan dilihat meningkatkan kawalan keselamatan terhadap kawasan Pudu di ibu kota sejak malam tadi.

-Advertisement-

Dalam gerakan itu, anggota tentera dilihat memasang kawat duri bagi mengelilingi kawasan bangunan kediaman dan premis perniagaan sekitar kawasan terbabit.

Polis pula melaksanakan sekatan jalan raya terhadap kawasan itu tetapi setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung punca tindakan itu diambil.

ANGGOTA tentera memasang kawat duri di sekitar Pudu. - Foto Aswadi Alias
ANGGOTA tentera memasang kawat duri di sekitar Pudu. – Foto Aswadi Alias

-Advertisement-

Usaha memasang kawat duri itu dibuat bermula dari D’Majestic Place hingga persimpangan Jalan Pasar/Jalan Pudu dan Jalan Landak.

Minggu lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan operasi saringan COVID-19 terhadap penghuni kediaman dan penduduk sekitar Pasar Pudu.

Setakat ini, belum ada maklumat lanjut dikeluarkan berhubung hasil saringan terbabit.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share