Sultan Perkenan MB PN Baharu, PH Kedah Akhirnya Tumbang

Estimate Reading Time: < 1 minute

ALOR SETAR, 16 Mei 2020 (The Capital Post) – Menurut Sumber, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah perkenan untuk melantik YB Muhammad Sanusi Md Noor, Adun Jeneri sebagai Menteri Besar Kedah Baharu yang ke-14.

-Advertisement-

YB Muhammad Sanusi Md Noor akan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir setelah mendapat sokongan 23 wakil rakyat DUN Kedah sekaligus menjadikan negeri ke-3 dibawah pentadbiran Pakatan Harapan tumbang selepas negeri Johor dan Melaka.

-Advertisement-

Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kali kedua digugurkan daripada jawatan Menteri Besar dijangka akan mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah dalam masa terdekat.

YB Muhammad Sanusi Md Noor dijangka akan mengangkat sumpah pada 17 Mei 2020 (esok), 2 petang di Wisma Darul Aman, Alor Setar dan segala persiapan untuk majlis mengangkat sumpah dan sesi raptai sedang giat berlangsung pada ketika ini.

YB Muhammad Sanusi Md Noor daripada parti PAS merupakan bekas setiausaha politik Menteri Besar Kedah ke-10, Tan Sri Dato’ Seri Ustaz Hj Azizan Abdul Razak dari tahun 2008 hingga 2013. YB Muhammad Sanusi Md Noor merupakan Ketua Pembangkang DUN Kedah sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Kedah – The Capital Post

Share this Article
  • 2.8K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2.8K
    Shares