Kedah benarkan solat di masjid

Estimate Reading Time: < 1 minute

ALOR SETAR: Kedah membenarkan hanya 12 orang menunaikan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

-Advertisement-

Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang, berkata perkara itu diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkuatkuasa Jumaat, 22 Mei.

Katanya, 12 orang terbabit ialah imam, pegawai masjid dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid sahaja.

“Mereka mestilah menjaga jarak satu meter, kita mengehadkan jemaah seramai 12 seorang bagi memastikan aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat dilakukan dengan baik.

“Selain itu, jemaah juga diminta untuk mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah sendiri ke masjid,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

-Advertisement-

Mengulas lanjut, Fadzil berkata bacaan khutbah juga akan dipendekkan termasuk masa jemaah berada di masjid sebelum dan selepas solat juga akan dihadkan sebelum pintu masjid ditutup.

Katanya SOP mengenai ketetapan itu akan dikeluarkan kepada 576 masjid seluruh negeri Kedah secepat mungkin.

“Kita mengharapkam dengan kebenaran menunaikan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri ini akan memberi sedikit kelegaan kepada umat Islam yang sudah tujuh minggu tidak menunaikan solat Jumaat.

“Apabila solat Jumaat ini dapat didirikan pegawai dan AJK masjid, maka mereka melaksanakan tuntutan agama kepada masyarakat,”katanya.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share