Sekatan jalan raya di simpang masuk Parlimen

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Sekatan jalan raya diadakan pihak polis kira-kira 300 meter di persimpangan masuk menuju ke Parlimen pada pagi ini.

-Advertisement-

Difahamkan, sekatan itu bagi ‘menyaring’ individu supaya mereka yang dibenarkan sahaja boleh masuk ke kawasan Parlimen.

Pengamal media yang tiba seawal jam 7.30 pagi lagi juga tidak dibenarkan masuk walaupun hanya untuk berada di hadapan pintu masuk Parlimen.

Hanya media rasmi dengan jumlah terhad dan individu berkenaan yang sudah menjalankan saringan COVID-19 dibenarkan masuk ke Parlimen.

Turut kelihatan ‘kemunculan’ dua buah kereta perisai, Barracuda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memasuki kawasan Parlimen.

-Advertisement-

Setakat jam 8 pagi, keadaan di luar Parlimen masih terkawal.

Memetik laporan BERNAMA, seramai 950 orang terdiri daripada Ahli Parlimen, Senator, warga Parlimen serta petugas media yang dijadualkan berada di bangunan Parlimen ketika persidangan sehari penggal ketiga Parlimen ke-14 menjalani ujian saringan COVID-19 secara berperingkat mulai 13 Mei bagi memastikan mereka yang hadir bebas wabak itu.

Seramai 220 daripada 222 Ahli Parlimen disahkan negatif COVID-19, sekali gus membolehkan mereka menghadiri persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dua lagi Ahli Parlimen tidak menjalani ujian saringan itu kerana sedang menjalani kuarantin disebabkan dikesan sebagai kontak rapat dengan kes positif COVID-19.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share