COVID-19: Hanya pelajar Sabah, Sarawak tak perlu kuarantin

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Hanya pelajar yang pulang ke Sabah dan Sarawak diberikan kelonggaran tidak perlu menjalani kuarantin, sedangkan orang awam masih perlu berbuat demikian.

-Advertisement-

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata keputusan itu dicapai antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pengajian Tinggi dan kerajaan negeri.

Beliau berkata, orang awam yang dibenarkan pulang ke kedua-dua negeri itu masih perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di kediaman masing-masing.
“Bagi mereka yang pulang ke Sarawak, kerajaan negeri menetapkan mereka perlu menjalani ujian saringan ketika tiba di lapangan terbang.

-Advertisement-

“Jika positif, mereka akan dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan, manakala sesiapa yang negatif dibenarkan pulang.

“Mereka yang dibenarkan pulang itu bagaimanapun perlu menjalani ujian saringan selepas 10 hari,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya dekat sini, hari ini.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share