54 mangsa banjir masih di PPS

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH: Jumlah penduduk yang terjejas akibat banjir di Perak kekal 54 orang daripada 14 keluarga dan kesemua mereka kini ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Kerian.

-Advertisement-

Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 9.30 pagi, seramai 44 orang daripada 10 keluarga di Kampung Matang Tengah dan Jalan FT 147 Bagan Serai berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, Bagan Serai.

Sementara itu, 10 orang daripada empat keluarga di kawasan Parit 3, Kampung Alor Setanggok pula kini ditempatkan di PPS SK Parit Haji Aman, Bagan Serai.

-Advertisement-

Selain itu, air Sungai Kerian di Samagagah menunjukkan paras normal iaitu 1.49 meter (m) manakala Sungai Kurau di Kolam Air Bukit Merah melebihi paras normal iaitu 9.01 m.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pula memaklumkan air banjir masih lagi bergenang dalam rumah penduduk di Kampung Matang Tengah pada paras 0.3 meter namun banjir di jalan raya mula surut.

“Bagi kawasan Parit 3, Kampung Alor Setanggok pula banjir juga mula surut dan cuaca di kedua-dua kawasan adalah baik dan cerah pada pagi ini,” katanya.

-BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share