Hospital swasta dikompaun caj pelitup muka RM11.20 sekeping

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Sebuah hospital swasta dikenakan kompaun sebanyak RM200,000 kerana menjual pelitup muka tiga lapisan dengan harga melebihi kadar maksimum yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

KPDNHEP dalam satu kenyataannya berkata hospital swasta itu didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

-Advertisement-

Katanya, KPDNHEP sebelum ini mengesan isu yang tular di laman Facebook mengenai seorang pesakit yang menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

“Pesakit itu dikenakan caj sebanyak RM201.60 bagi 18 keping pelitup muka tiga lapisan yang digunakan oleh jururawat ketika merawat anak beliau.

-Advertisement-

“Jumlah berkenaan bersamaan RM11.20 sekeping sedangkan harga maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan adalah RM1.50 sekeping.

“Bertindak atas aduan berkenaan pada 13 Mei lalu, sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan ke atas hospital terbabit dan menyoal siasat pengurusannya.

“Pasukan serbuan turut merampas sejumlah dokumen termasuk pelitup muka tiga lapisan yang sama jenis daripada hospital berkenaan untuk tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan media di sini.

-BH

Share this Article
  • 6
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    6
    Shares