Mayweather cuma cemburu: Pacquiao

Estimate Reading Time: < 1 minute

MANILA: Manny Pacquiao percaya seterunya Floyd Mayweather cemburu apabila peninju Filipina itu kekal sebagai juara dunia pada usia 41 tahun.

-Advertisement-

Pacquiao terus aktif sebagai peninju dengan menewaskan Keith Thurman musim panas lalu untuk meletakkan dirinya sebagai juara welterweight dunia.

Mayweather sebaliknya, bersara pada tahun 2017 berikutan kemenangan ke atas Conor McGregor yang melebarkan rekodnya kepada 50-0.

Mayweather sebelum ini melabelkan Pacquiao sebagai ‘orang tua’ apabila ditanya tentang bekas seterunya itu.

Peninju Amerika Syarikat itu pernah mengatasi Pacquiao dan berkata: “Sedih apabila mendengar orang berkata, ‘Saya mahu bertarung dengan Manny Pacquiao’.

“Tetapi Manny Pacquiao sudah 41 tahun sekarang. Jangan buru dia. Anda orang muda buru sesama sendiri.

-Advertisement-

“Jika ada peluang, keluar dan buat apa yang anda perlu lakukan.

“Biar Manny Pacquiao pilih sendiri siapa dia mahu lawan. Dengan apa yang dia sudah capai, saya harap dia membuat pelaburan bijak.”

Sebagai jawapan Pacquiao berkata: “Dia cuma cemburu kerana dia sudah bersara. Kami masih aktif dan mempunyai mahkota.

“Saya belum memikirkan tentang persaraan. Tumpuan utama saya adalah rakyat negara saya dan bagaimana untuk mengatasi pandemik ini.”

Pacquiao merancang untuk bertarung dengan Mikey Garcia di Arab Saudi pada musim panas ini sebelum krisis COVID-19 melanda.

Mayweather pula hanya akan kembali ke gelanggang sebagai jurulatih di mana dia melatih juara lightweight dunia Devin Haney.

– AGENSI

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share