Polis pun kena kompaun

Estimate Reading Time: < 1 minute

SIMUNJAN: Seramai 25 individu termasuk seorang anggota polis dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Simunjan, semalam.

-Advertisement-

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata pada jam 2 petang semalam, sepasukan anggota polis yang menjalankan pemantauan di Kilometer 1, Jalan Tun Openg, Simunjan memeriksa sekumpulan penunggang motosikal.

“Seramai 25 individu menunggang motosikal dari arah Pasar Simunjan menghala ke Kampung Nanas, Simunjan.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka yang datang dari Kota Samarahan gagal memberi alasan munasabah masuk ke daerah Simunjan tanpa surat kebenaran polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

.Seramai 25 orang dikompaun kerana gagal memberi alasan yang munasabah masuk ke daerah Simunjan tanpa menunjukkan surat kebenaran polis. - Foto Norsyazwani Nasri
.Seramai 25 orang dikompaun kerana gagal memberi alasan yang munasabah masuk ke daerah Simunjan tanpa menunjukkan surat kebenaran polis. – Foto Norsyazwani Nasri

-Advertisement-

Semua dibawa ke Balai Polis Simunjan untuk dikompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

“Mereka mengaku hanya bersiar-siar dari Kota Samarahan ke Simunjan kerana sudah lama tidak menunggang motosikal.

“Antara yang dikompaun adalah seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan,” katanya.

Katanya, selesai urusan mereka semua diarahkan balik ke Kota Samarahan melalui Jambatan Sadong.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share