COVID-19: Taman Tasik Titiwangsa ditutup sepenuhnya bermula hari ini – DBKL

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Taman Tasik Titiwangsa di sini, ditutup sepenuhnya kepada awam bermula hari ini, sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran Facebooknya hari ini memaklumkan, penutupan tersebut, bertujuan mengelakkan penularan wabak COVID-19 ekoran kehadiran ramai pengunjung ke taman tersebut.

“Bagaimanapun, aktiviti berjoging masih dibenarkan di luar atau di sekeliling taman,” menurut hantaran tersebut.

-Advertisement-

-Advertisement-

Menerusi hantaran tersebut, DBKL turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan notis makluman penutupan itu, digantung di pintu pagar taman tersebut.

– BERNAMA

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares