Hari akhir rayuan BPN Ahad ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Hari akhir bagi orang ramai untuk mengemukakan permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ialah Ahad ini.

-Advertisement-

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan berkata, rayuan BPN boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan dengan hadir ke cawangan LHDN atau mengemukakan e-mel ke rayuanbpn@hasil.gov.my.

-Advertisement-

Kenyataan itu berkata, pemohon boleh merujuk soalan lazim (FAQ) BPN yang dimuat naik pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Selain itu, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan juga boleh dikemukakan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000/03-89111100 (Luar Negara); HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share