PKPB: Tiada lagi kompromi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan mengeluarkan 12 kompaun kepada individu yang terdiri dari 11 lelaki dan seorang wanita kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB ) setakat ini.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan, berkata tujuh kompaun dikeluarkan semalam, manakala lima lagi pada Selasa lalu.

“Mereka dikesan melakukan ingkar PKPB di kawasan Kota Sentosa, Batu 17, Batu 18 dan MJC Batu Kawa.

“Kesemuanya gagal memberikan alasan munasabah dan tidak mempunyai surat kebenaran daripada pihak polis untuk pergerakan keluar daerah bagi tempoh kawalan pergerakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-Advertisement-

Katanya, individu terbabit dikenakan kompaun RM1,000 atas Kesalahan Peraturan 5(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.6)Peraturan 2020.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan ingkar PKPB.

“Kita nasihatkan masyarakat agar lebih bertanggungjawab dan memberi kerjasama dalam membendung penyebaran wabak COVID-19 ini,” katanya.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share