Tunjuk tiket, dibenar terbang pulang

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Warga asing yang visa lawatan sudah tamat tempoh sah dibenarkan pulang ke negara asal dengan menunjukkan tiket penerbangan kepada pihak berkuasa lapangan terbang.

-Advertisement-

Bagaimanapun sekiranya berhasrat tinggal lebih lama di negara ini, mereka perlu membuat permohonan dengan Jabatan Imigresen untuk mendapatkan janji temu bagi memperbaharui visa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan tidak akan mengambil tindakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terhadap warga asing yang masih berada di negara ini walaupun visa lawatan sudah tamat tempoh sah.

“Kita tahu sewaktu COVID-19, Jabatan Imigresen ditutup. Kalau mereka mahu pulang ada dua pilihan. Pertama, apabila mereka sampai ke lapangan terbang, hanya perlu tunjuk tiket penerbangan pulang,” katanya pada sidang media harian PKPB di sini, hari ini.

-Advertisement-

Ismail Sabri berkata, keduanya kalau warga asing berkenaan masih ingin tinggal lebih lama tetapi visa sudah tamat tempoh dan hendak memperbaharuinya, mereka perlu buat janji temu dengan Jabatan Imigresen secara dalam talian.

“Permohonan itu bukan untuk memperbaharui visa, tetapi bagi mendapatkan janji temu supaya Jabatan Imigresen boleh tetapkan tarikh untuk mereka datang (perbaharui visa).

“Maka, mereka tak perlu tunggu, tapi terus perbaharui dan kemudian boleh pulang bila-bila masa. Kalau nak pulang terus, hanya tunjuk tiket selepas memperbaharui visa,” katanya.

Beliau berkata, prosedur sama juga terpakai bagi mereka yang pas lawatan sosial sudah tamat tempoh ketika PKPB.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share