Man Utd kekal nombor satu England

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Manchester United kekal sebagai kelab terkaya Liga Perdana Inggeris – pada nilai 2.84 bilion pound (RM15.22 bilion).

-Advertisement-

Skuad Old Trafford itu juga kekal sebagai pasukan kedua terkaya Eropah, menurut KPMG.

Dalam tahun yang penuh dugaan, Red Devils sebenarnya mengalami penurunan dua peratus ke atas nilai mereka.

Malah baru-baru ini mereka didedahkan turut mengumpul hutang yang tinggi, yang bertambah teruk dengan pandemik COVID-19 – dengan jumlah hutang melonjak sebanyak 127.4 juta (RM683 juta) kepada keseluruhan 429 juta pound (RM2.3 bilion).

Namun tumpuan utama terarah ke Anfield, apabila Liverpool memintas Manchester City dan Chelsea untuk muncul kelab kedua terkaya England dan kelima di Eropah.

-Advertisement-

Juara Eropah dan bakal juara Liga Perdana itu menyaksikan lonjakan 19.3 peratus ke atas nilai mereka.

Nilai The Reds sekarang adalah 2.26 bilion pound (RM12.11 bilion), manakala City mengalamai penurunan 6.3 peratus.

Nilai Arsenal merosot 13.2 peratus untuk berada di tangga kelima disusuli pasukan yang menghuni tangga ke-18 liga, West Ham dan Leicester.

Di pentas Eropah, Real Madrid masih menghuni tangga teratas dengan nilai 2.95 bilion pound (RM15.82 bilion), diikuti Barcelona dan Bayern Munich di tangga ketiga dan keempat di belakang Manchester United.

Tottenham dan Arsenal turut memasuki senarai 10 teratas Eropah.

– AGENSI

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares