Penjaga zoo dibaham singa

Estimate Reading Time: < 1 minute

SYDNEY: Seorang penjaga zoo di Australia mengalami kecederaan kritikal dibaham dua ekor singa hari ini ketika membersihkan kurungan haiwan berkenaan.

-Advertisement-

Menurut pihak polis, wanita berusia 35 tahun yang cedera parah di kepada dan leher itu diterbangkan ke hospital sejurus selepas tragedi itu di Zoo Shoalhaven, kira-kira 160 kilometer (km) ke selatan Sydney.

Kakitangan perubatan berkata keadaan wanita itu kritikal tetapi stabil.

-Advertisement-

Zoo Shoalhaven ditutup kepada umum sejak 25 Mac lalu berikutan perintah kawalan pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19.

Menurut stesen siaran ABC, zoo berkenaan turut menyaksikan serangan buaya pada 2014 apabila pengendalinya diheret memasuki kolam oleh reptilia sepanjang 3.7 meter (m) di hadapan kira-kira 60 penonton.

Dalam kejadian terbabit, buaya berkenaan melepaskan mangsanya, yang hanya mengalami kecederaan manakala polis masih menyiasat kes terbaru ini. – AFP

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share