915 pelajar IPT dihantar pulang hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Seramai 915 pelajar yang terkandas di institusi pengajian tinggi (IPT) akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing hari ini.

-Advertisement-

Menteri Kanan (keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penghantaran pulang mereka dibuat menerusi enam penerbangan.

Katanya, tiga penerbangan adalah dari Kuala Lumpur ke Sibu, Miri dan Bintulu yang dijadualkan menghantar pulang 491 pelajar, manakala dua lagi penerbangan adalah dari Kuching ke Kota Kinabalu membawa 326 pelajar.

-Advertisement-

“Satu penerbangan lagi adalah dari Bintulu ke Kuching dan Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur yang dijadualkan membawa pulang 98 pelajar,” katanya pada sidang media di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Sejak 27 April sehingga hari ini, beliau memaklumkan, Kementerian Pengajian Tinggi sudah menghantar pulang 56,814 pelajar IPT yang berada di kampus ke pangkuan keluarga masing-masing.

-BH

Share this Article
  • 4
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    4
    Shares