COVID-19: Sifar kematian dalam 24 jam di Sepanyol, kali pertama sejak Mac

Estimate Reading Time: < 1 minute

MADRID: Sepanyol pada Isnin mengesahkan negara itu tidak mencatatkan kematian akibat COVID-19 dalam tempoh selama 24 jam.

-Advertisement-

Ketua Kecemasan Kesihatan negara itu, Fernando Simon, berkata perkembangan yang pertama kali berlaku sejak Mac lalu itu sangat menggembirakan.

“Hari ini kami tidak menerima kematian,” katanya sambil menjelaskan jumlah kes baharu juga mencatatkan penurunan.

Sepanyol mencatatkan kematian baharu setiap hari sejak 3 Mac, walaupun kematian pertama akibat virus itu sebenarnya bermula pada 13 Februari.

-Advertisement-

Ia antara negara yang paling teruk terkesan akibat wabak itu, apabila mencatatkan 27,127 kematian daripada 239,638 kes yang dilaporkan.

Simon menegaskan Sepanyol menjadi negara sangat cepat dalam mengesan kes.

Bagaimanapun beliau memberi amaran supaya orang ramai mematuhi sekatan dilaksanakan pihak berkuasa termasuk tidak menganjurkan perjumpaan secara besar-besaran.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share