Hati-hati SMS palsu minta ambil baucar Jom Shopping

Estimate Reading Time: < 1 minute

SABAK BERNAM: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Rizam Ismail kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada individu tertentu berhubung pengambilan baucar Jom Shopping Khamis ini.

-Advertisement-

Rizam berkongsi perkara itu di Facebook beliau dan memaklumkan mesej yang mengandungi beberapa maklumat palsu yang cuba memperdaya penduduk dengan mengambil baucar itu di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar.

“Maklumat ini tidak benar,” katanya yang juga ADUN Sungai Air Tawar .

-Advertisement-

Menerusi status dimuat naik Rizam itu memaparkan kandungan mesej berhubung pengambilan baucar Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) serta nombor MyKad seorang penerima.

Mesej itu turut menyertakan tarikh dan masa pengambilan baucar selain meminta ahli atau waris membawa MyKad serta menghubungi nombor telefon tertera untuk keterangan lanjut.

-SH

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares