Padah jual pelitup muka mahal, dikompaun RM2,000

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH: Sebuah premis perniagaan dekat Sibilin sini, dikompaun RM2,000 kerana menjual pelitup muka jenis N95 pada harga RM14 seunit, sekali ganda lebih mahal berbanding harga kawalan ditetapkan.

-Advertisement-

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, V Ravichandran, berkata empat pegawainya bergegas memeriksa premis itu jam 12 tengah hari semalam, selepas menerima aduan perbuatan itu.

“Hasil siasatan, kami dapati premis ini menjual pelitup muka N95 pada harga RM14 berbanding harga kawalan RM6,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

-Advertisement-

Susulan kejadian itu, premis berkenaan telah dikenakan kompaun RM2,000 kerana peniaga gagal mematuhi syarat dan melanggar Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 atas kesalahan menjual barangan harga terkawal tanpa mengikut harga yang ditentukan.

Katanya, sebagai rekod, sepanjang tahun ini, KPDNHEP Perak telah menerima 703 aduan dan memeriksa 31,344 premis perniagaan berhubung pelbagai kesalahan mengenai urus niaga, yang membawa kepada tindakan terhadap 429 kes, melibatkan jumlah kompaun RM108,150 serta denda RM45,000.

-BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share