SPRM Kedah tahan tiga Pegawai Undang-Undang Pulau Pinang

Estimate Reading Time: < 1 minute

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan tiga Pegawai Undang-Undang Pulau Pinang termasuk seorang ketua jabatan kerana dipercayai terbabit kes rasuah.

-Advertisement-

Dalam operasi SPRM pada Isnin, tangkapan pertama dibuat di sebuah hotel di Pulau Pinang pada jam 12.15 tengah hari Isnin, membabitkan seorang suspek berusia 42 tahun.

Berikutan itu, dua lagi suspek berusia 29 dan 52 tahun ditahan di Pejabat SPRM Kedah antara jam 10.15 malam hingga jam 10.38 malam tadi.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek terbabit meminta wang rasuah berjumlah RM500,000 dan menerima RM100,000 daripada seorang orang awam bagi memastikan kes komersial yang dilaporkan orang awam itu dituduh di mahkamah.

-Advertisement-

Pihak SPRM turut melakukan pemeriksaan di kediaman dan pejabat ketiga-tiga suspek sebelum menemui sejumlah wang.

Ketiga-tiga suspek dijangka direman di Mahkamah Alor Setar pagi ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan meminta orang ramai yang menjadi mangsa kegiatan berkenaan tampil bagi membantu siasatan.

-BH

Share this Article
  • 9
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    9
    Shares