COVID-19: Benarkan sekolah beroperasi bulan depan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam (ABIM) mencadangkan Majlis Keselamatan Negara memberi kebenaran kepada sekolah rendah dan menengah beroperasi secara berperingkat-peringkat, mulai bulan hadapan.

-Advertisement-

Cadangan itu susulan kebenaran operasi yang diberikan kepada taman asuhan kanak-kanak (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika).

Naib Presiden ABIM, Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim, berkata kebenaran itu wajar untuk memudahkan sebahagian ibu bapa yang kembali bekerja dan anak mereka bersekolah.

“Ia juga juga akan membuka ruang kepada pengusaha bas dan aktiviti ekonomi berkaitan untuk kembali menjana pendapatan yang sekian lama tertangguh.

-Advertisement-

“Bagaimanapun, ini memerlukan prosedur operasi standard (SOP) khas bagi memenuhi keperluan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi sekolah sudah tentu mengubah kebiasaan baharu dalam menguruskan hal ehwal persekolahan seperti penjadualan harian, tempoh masa persekolahan serta amalan pedagogi serta pentaksiran yang berubah sepenuhnya.

“Tidak terkecuali keperluan untuk menggariskan langkah SOP yang ketat serta jelas seperti pemeriksaan suhu, pendaftaran rekod murid dan guru secara harian, termasuklah pergerakan murid.

“Sistem penggiliran hari bersekolah murid dan waktu persekolahan yang pendek juga perlu dipertimbang, termasuklah menetapkan bilangan tertentu murid dalam bilik darjah,” kata beliau.

-BH

Share this Article
  • 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3
    Shares