COVID-19: Perlis, Pulau Pinang dan Kelantan dalam zon hijau

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Perlis, Pulau Pinang dan Kelantan berada dalam zon hijau, sejak 20 Mei lalu hingga semalam, selepas tiada kes aktif dicatatkan di kawasan berkenaan sepanjang tempoh dua minggu.

-Advertisement-

Pada masa sama, carta MyHealth Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan lima daerah dan kawasan di seluruh negara berada dalam zon merah sepanjang tempoh sama.

Daerah dan kawasan itu Hulu Langat dan Sepang di Selangor; Cheras dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur serta Rembau di Negeri Sembilan.

Cheras mencatatkan kes tertinggi, iaitu sebanyak 314 kes, manakala empat daerah lagi merekodkan jumlah kes dua angka membabitkan Hulu Langat dengan sebanyak 99 kes; Lembah Pantai (83); Sepang (66) dan Rembau (58).

-Advertisement-

Selain tiga negeri yang mencatatkan sifar kes, tiga negeri lagi turut mencatatkan masing-masing satu kes, iaitu Kedah dengan kes dilaporkan di Kubang Pasu; Perak (Kinta) dan Terengganu (Kemaman).

Putrajaya, Melaka dan Johor masing-masing mencatatkan empat kes positif COVID-19, manakala Sarawak serta Sabah dengan enam kes.

Pahang dan Negeri Sembilan mencatatkan jumlah kes dua angka, masing-masing 23 serta 64 kes.

Kuala Lumpur mencatatkan kes tertinggi, iaitu sebanyak 403 diikuti Selangor dengan 222 kes positif COVID-19.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share