Penutupan Lebuhraya Selayang-Kepong dilanjutkan hingga 31 Ogos

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Penutupan lorong secara berkala di sepanjang Lebuhraya Selayang-Kepong (MRR2) arah Selayang dan Sungai Buloh akan dilanjutkan bermula esok hingga 31 Ogos depan.

MMC-GAMUDA, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan penutupan jalan raya sepanjang 150 meter dari kedua-dua arah itu akan bermula 11 malam hingga 5 pagi berikutan kerja-kerja pemasangan panel besi dan sebarang kerja berkaitan.

“Selama 89 hari ini, semua penutupan jalan akan dilakukan secara serentak.

-Advertisement-

-Advertisement-

“Penutupan sepanjang 150 meter di Lebuhraya Selayang-Kepong (MRR2) arah Selayang melibatkan lorong kiri berhampiran susur masuk ke Persiaran Dagang, Sri Damansara dan dua lorong akan disediakan kepada pengguna jalan raya ke Batu Caves.

“Di lebuh raya yang sama arah Sungai Buloh pula melibatkan penutupan di lorong kiri bermula dari Pusat Perniagaan Desa Jaya/Jalan 53 dan dua lorong akan disediakan kepada pengguna jalan untuk ke Sungai Buloh,” menurut kenyataan itu.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas.

– BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share