COVID-19: 277 kes baharu majoriti warga asing di Depot Tahanan Imigresen

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 277 kes baharu yang majoritinya dalam kalangan warga asing di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil.

-Advertisement-

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham, berkata, DTI Bukit Jalil mencatatkan sebanyak 270 kes baharu iaitu sampel ulangan bagi Orang Kena Tahan (OKT) yang dikuarantin di depot tahanan berkenaan manakala hanya empat kes warga tempatan dan dua kes jangkitan daripada luar negara .

-Advertisement-

Katanya, bagi kes yang sudah sembuh pula sebanyak 28 kes dilaporkan hari ini.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, sehingga jam 12 tengah hari ini tiada pertambahan kes kematian dan jumlahnya kekal sebanyak 115 kes bersamaan 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share