Salah menangis gagal hasilkan gol

Estimate Reading Time: < 1 minute

LIVERPOOL: Pemain yang mendakwa menjadi idola Mohamed Salah, berkata bintang Liverpool itu pernah menangis kerana tidak menjaringkan banyak gol.

-Advertisement-

Bekas penyerang Ghana, Eric Bekoe mendakwa Salah “mahu menjadi sepertinya” ketika mereka beraksi di Mesir.

Sejak itu Salah sudah menjadi bintang bola sepak dunia, seorang daripada pemain terbaik ditandatangani Jurgen Klopp dan pemain penting buat dunia dan kejuaraan kelab Eropah.

Bekoe yang bermain buat kelab Mesir, Petrojet dari 2009-2012, masih ingat Salah yang masih muda bergelut untuk menjaringkan gol.

“Saya pemain ‘besar’ di Mesir. Mohamed Salah dan pemain muda Mesir yang lain mahu menjadi seperti saya,” kata Bekoe.

-Advertisement-

“Mohamed Salah dari Liverpool memilih saya sebagai model. Ketika saya bersama FC Petrojet, Salah adalah pemain muda bermain untuk kelab remaja Al Mokawloon.

“Salah ialah pemain sayap kiri yang mahu menjaringkan banyak gol kerana dia tajam di bahagian depan. Dia kadangkala menangis kerana usahanya dari bahagian sayap tidak menghasilkan banyak gol.”

Bekoe berkata, bintang Mesir itu bertuah kerana dapat bermain di bahagian lebih baik dan selebihnya ia menjadi sejarah apabila pemain itu berhijrah ke Basel sebelum ke Chelsea, Fiorentina, Roma dan akhirnya ke Liverpool.

“Seorang daripada jurulatih mereka menukarnya ke bahagian serangan yang banyak membantunya sebelum meninggalkan Mesir untuk ke FC Basel,” kata Bekoe.

Salah sudah menjaringkan 16 gol dalam Liga Perdana musim ini dalam usaha membantu Liverpool mencipta gelaran pertama liga dalam tempoh 30 tahun selain memainkan peranan besar ketika Reds muncul pemenang Liga Juara-Juara musim lalu.

– Agensi

Share this Article
  • 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3
    Shares