Gasperini dihina ekoran pendedahan

Estimate Reading Time: < 1 minute

MILAN: Jurulatih Atalanta, Gian Piero Gasperini berkata hari ini dia menjadi mangsa “kontroversi menghina” selepas mengakui dia mengalami simpton COVID-19 apabila pasukannya bermain dalam Liga Juara-Juara berdepan Valencia pada Mac.

-Advertisement-

“Ia kontroversi yang daya dapati sangat menghina. Saya tahu saya mengikut protokol,” kata Gasperini kepada Sky Sport.

“Ia adalah tempoh saya mengalami rasa tidak selesa. Tapi saya tidak demam atau mengalami masalah paru-paru dan sebagainya.

“Ketika kami meninggalkan Bergamo, saya sihat. Jadi saya rasa ia terjadi (di sana) tetapi kontroversi itu menjadikan ia satu penghinaan dan saya tidak selesa.”

-Advertisement-

Gasperini, 62, memberitahu akhbar Gazzetta Dello Sport baru-baru ini dia mengalami sakit ketika Atalanta menewaskan Valencia 4-3 di stadium tertutup di Mestalla pada 10 Mac untuk mara ke suku akhir menerusi agregat 8-4.

“Sehari sebelum pertemuan dengan Valencia saya sakit, petang sebelum perlawanan ia menjadi lebih teruk.

“Saya langsung tidak selesa di bangku simpanan,” kata Gasperini.

– AFP

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share