PM umum Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 7 Jun 2020 (The Capital Post) – Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan bermula dari 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

-Advertisement-

Perdana Menteri juga mengucapkan penghargaan beliau kepada semua penjawat awam barisan hadapan iaitu khususnya dari Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Rela dan Jabatan Perkhidmatan Awam dan semua kakitangan KKM yang berusaha untuk mengawal penularan wabak covid 19.

-Advertisement-

Tan Sri Muhiyddin juga mengucapakan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang patut kepada segala arahan Kerajaan Malaysia dalam membendung covid 19 sepanjang tempoh PKP dan PKPB.

Perdana Menteri turut memaklumkan beberapa aktiviti atau sektor masih di larang seperti pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti lain yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada
SOP.- The Capital Post

Share this Article
  • 15
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    15
    Shares