China mansuh tenggiling dari senarai ubatan tradisional

Estimate Reading Time: < 1 minute

BEIJING: China memansuhkan penggunaan tenggiling dalam senarai rasmi ubatan tradisional selepas peningkatan perlindungan terhadap haiwan terancam itu, menurut laporan media negara berkenaan.

-Advertisement-

Tenggiling tidak lagi disenaraikan secara rasmi dalam Chinese Pharmacopoeia tahun ini termasuklah pil yang diformulasi dengan najis kelawar, menurut Health Times.

Tenggiling, haiwan yang banyak diperdagangkan di dunia, dipercayai oleh sesetengah saintis menjadi antara punca COVID-19 yang muncul di pasar di bandar Wuhan, China tahun lalu.

Bahagian badan tenggiling memiliki harga yang tinggi di pasaran gelap untuk digunakan sebagai ubatan tradisional cina, biarpun saintis mengatakan ia tiada nilai terapeutik.

-Advertisement-

Justeru, pihak berkuasa perhutanan China meletakkan perlindungan tertinggi pada haiwan berkenaan kerana statusnya yang terancam.

‘Kehabisan sumber liar’ digugurkan dari Pharmacopoeia, biarpun alasan kukuh memansuhkan tenggiling tidak jelas, menurut laporan Health Times.

China sebelum ini melarang penjualan haiwan liar untuk tujuan makan berikutan risiko penyebaran penyakit kepada manusia, tetapi ia dibenarkan untuk tujuan seperti penyelidikan dan ubatan tradisional.

Tabung Hidupan Liar (WWF) berkata, pihaknya mengalu-alukan langkah China untuk meningkatkan perlindungan terhadap tenggiling, menyifatkannya sebagai ‘tempoh berehat’ daripada perdagangan haram tenggiling.

– AFP

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share