Kelab EPL rugi RM3.26 bilion sebelum penularan COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) mencatatkan kerugian sebanyak 600 juta pound (RM3.26 bilion) pada musim 2018-19, sebelum kewangan terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

-Advertisement-

Analisis daripada pakar kewangan bola sepak, Vysyble menunjukkan semua 20 kelab berkenaan merekodkan kerugian besar walaupun jumlah pendapatan meningkat kepada 5.15 bilion pound (RM27.99 bilion).

Kesan kewangan akibat pandemik COVID-19 bakal memberi impak besar kepada EPL walaupun perancangan untuk menamatkan musim ini secara tertutup berjalan lancar.

Kelab-kelab EPL perlu membayar kira-kira 330 juta pound (RM1.79 bilion) kepada penyiar sebagai rebat kerana perlawanan tidak dapat berlangsung seperti dijadualkan.

-Advertisement-

Anggaran kerugian sebanyak 126 juta pound (RM685 juta) juga dijangkakan daripada pendapatan hari perlawanan.

“Virus COVID-19 bukan punca utama masalah kewangan bola sepak. Ia lanjutan daripada apa yang data kami tunjukkan dan dikenal pasti sebagai masalah jangka panjang.

“Angka 2018-19 cukup merisaukan dan berpunca daripada isu lebih besar dengan model kewangan keseluruhan liga tertinggi Inggeris itu,” kata pengarah Vysyble Roger Bell.

– AFP

Share this Article
  • 4
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    4
    Shares