PDRM tarik balik semua sekatan jalan raya

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini menarik balik semua sekatan jalan raya kecuali di kawasan yang digunakan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI).

-Advertisement-

Menteri Pertahanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata hanya Ops Benteng akan diteruskan terutama membabitkan lorong tikus di kawasan pantai.

“Hari ini, hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), PDRM akan menarik balik semua sekatan jalan raya.

“Cuma Ops Benteng untuk sekatan jalan raya akan diteruskan tetapi tidak lagi bagi rentas negeri,” katanya pada sidang media harian, hari ini.

-Advertisement-

Ismail Sabri berkata, PDRM turut melaporkan aliran trafik di lebuh raya dan jalan utama di seluruh negara sejak semalam dan hari ini masih lancar.

“Bagaimanapun, PDRM menjangkakan bilangan kenderaan akan bertambah pada hari Jumaat hingga ahad iaitu 12 hingga 14 Jun ini.

“PDRM percaya orang ramai akan mengambil peluang balik ke kampung untuk berjumpa keluarga sempena bulan Syawal,” katanya.

-BH

Share this Article
  • 6
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    6
    Shares