Keputusan kes bunuh Kevin Morais 10 Julai

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 10 Julai ini untuk membuat keputusan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais yang mayatnya ditemukan dalam dram berisi konkrit, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujahan kedua-dua pihak di akhir kes pembelaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin dan Wan Shaharuddin Wan Ladin sementara peguam Datuk N. Sivananthan mewakili tertuduh pertama, pakar patologi Kolonel Dr R.Kunaseegaran dan peguam Datuk Sheelan Arjunan mewakili lima tertuduh lain, R. Dinishwaran, A. K. Thinesh Kumar, M. Vishwanath, S. Nimalan dan S. Ravi Chandaran.

Kunaseegaran, 57, pemberi pinjaman wang Ravichandran, 49, serta empat pengangur Dinishwaran, 28; Thinesh Kumar, 27; Vishwanath, 30; dan Nimalan, 27, dituduh membunuh Morais ketika dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, di sini, ke Nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam pada 4 Sept 2015.

Mereka yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34, berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

– BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share