KWSP sambung khidmat kaunter mulai 15 Jun

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyambung semula perkhidmatan kaunter di semua 68 cawangan di seluruh negara, mulai 15 Jun.

-Advertisement-

Kehadiran hanya ditetapkan menerusi akses secara temu janji dalam talian.

Dalam kenyataannya semalam, orang ramai boleh membuat janji temu menerusi menerusi kemudahan Janji Temu Online di laman sesawangnya, www.kwsp.gov.my.

Katanya, keputusan baharu itu selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, minggu lalu.

“KWSP akan menerapkan beberapa garis panduan ketat demi memastikan keselamatan dan kesihatan ahli dan kakitangannya sentiasa terjaga.

-Advertisement-

“Semua ahli perlu menjalani pemeriksaan suhu dan mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis cawangan dan mematuhi langkah penjarakan sosial setiap masa ketika berada di dalam premis cawangan.

“Selain itu, majikan tidak dibenarkan mengunjungi cawangan kerana semua perkhidmatan boleh dilaksanakan dengan menghubungi pegawai Khidmat Nasihat Majikan masing-masing,” kata kenyataan itu.

Katanya, ketika negara sedang memasuki normal baharu, KWSP ingin mengucapkan terima kasih di atas kesabaran dan penerimaan ahli terhadap usaha memberikan kualiti perkhidmatan terbaik melalui saluran fizikal (cawangan, khidmat bantuan dan kios) serta saluran elektronik (pusat pengurusan perhubungan, laman sesawang dan aplikasi mudah alih).

“Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP juga akan beroperasi semula hari ini (semalam),” katanya.

Ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau merujuk laman sesawang bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan berkaitan.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share