Mayat ditemui dalam ladang sawit ada kesan cedera

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN: Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai mayat seorang lelaki yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Rantau, dekat sini, tengah hari semalam, diminta menghubungi polis untuk membantu siasatan.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata mayat lelaki berusia 40 tahun itu ditemui orang awam pada jam 12.45 tengah hari sebelum dimaklumkan kepada Balai Polis Rantau.

Katanya, hasil siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati, lelaki berkenaan berbangsa India, berusia 40 tahun dan berasal dari Rantau.

-Advertisement-

“Lelaki itu berpakaian lengkap dan terdapat beberapa kecederaan pada bahagian anggota badan, namun tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian.

“Motif kematian masih dalam siasatan polis dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat,” katanya di sini.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share