Warga emas, wanita, pemandu e-hailing boleh ke masjid, surau

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Tiada had umur ditetapkan untuk solat jemaah, termasuk bagi kelompok warga emas dengan syarat mereka sihat.

-Advertisement-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata bagaimanapun terdapat syarat tertentu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

“Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, jemaah bergejala dan menghidap penyakit kronik tidak dibenarkan hadir buat masa ini,” katanya dalam sidang media khas, di Putrajaya, di sini hari ini.

-Advertisement-

Zulkifli berkata, pemandu perkhidmatan e-hailing, wanita dan mereka yang dalam keadaan musafir turut dibenarkan solat di masjid dan surau.

“Berita gembira buat semua muslimah di Wilayah Persekutuan, anda juga dibenarkan ke masjid, surau Jumaat dan surau dengan syarat bersama mahram anda,” katanya.

-BH

Share this Article
  • 5
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    5
    Shares