TNB beri penjelasan kenaikan bil elektrik

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM: Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertemu dengan pengguna yang mendakwa menerima pelarasan bil elektrik dengan kenaikan 600 peratus bagi memberi penjelasan mengenai perkara itu selepas tular di media sosial.

-Advertisement-

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman berkata, pada pertemuan itu kelmarin, pengguna tersebut menerima penjelasan daripada pegawai TNB bahawa cara pengiraan bil elektrik adalah melalui kaedah prorata bagi memastikan pengguna tidak terbeban dengan jumlah bil yang tinggi.

Menurutnya, selepas semakan bil, pihaknya mendapati terdapat salah faham mengenai pengiraan bil kerana amaun bil pengguna berkenaan untuk April, Mei dan Jun meningkat sebanyak 120 peratus sahaja setiap bulan.

-Advertisement-

“Pengiraan bil adalah melalui kaedah prorata dan mendapat kelulusan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi memastikan pengguna tidak terbeban dengan jumlah bil yang melampau.

“Sebagai syarikat yang dikawal selia ST, kami tertakluk dengan syarat lesen yang diberikan termasuklah tidak menggunakan kaedah pengiraan bil sewenang-wenangnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

-SH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share