30,000 pekerja terima SIP PERKESO

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sudah membayar faedah sebanyak RM103 juta kepada kira-kira 30,000 pekerja yang kehilangan pekerjaan sehingga bulan lalu, menerusi Sistem Insurans Pekerja (SIP) PERKESO.

-Advertisement-

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata selain menerima faedah berkenaan mereka turut dibantu bagi mendapatkan pekerjaan yang baharu.

-Advertisement-

“Setakat bulan lalu, PERKESO sudah membayar faedah berjumlah RM103 juta menerusi SIP kepada mereka yang kehilangan pekerjaan bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

“Rata-rata mereka yang menerima faedah ini adalah dari sektor pembuatan, perhotelan dan pelancongan selepas terkesan akibat penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Lembaga PERKESO di sini, hari ini.

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share