Covid-19: Kes baharu meningkat di Tokyo

Estimate Reading Time: < 1 minute

TOKYO: Pentadbiran Tokyo pada Ahad mengesahkan terdapat 47 jangkitan baharu koronavirus (Covid-19) dilaporkan, jumlah tertinggi dicatatkan sejak 5 Mei.

-Advertisement-

Daripada jumlah itu, 18 orang membabitkan pengunjung pusat hiburan, kata Gabernor Tokyo Yuriko Koike, lapor Kyodo News.

Justeru, beliau menggesa pekerja pusat hiburan berkenaan untuk menjalani saringan Covid-19 bagi membendung rantaian jangkitan yang bermula dari kelab malam di daerah Shinjuku Kabukicho.

-Advertisement-

Bandar raya Tokyo pada Khamis mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan peningkatan jumlah kes.

Berikutan trend penurunan dalam jumlah kes dilaporkan, Jepun mengisytiharkan darurat ditarik balik sepenuhnya pada 25 Mei, bagaimanapun beberapa kawasan menyaksikan peningkatan kes.

Sejak Jun, jumlah kes jangkitan baharu di Tokyo kekal dua digit.

– Bernama

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share