Pesawat Hawk milik TNI terhempas di kawasan perumahan

Estimate Reading Time: < 1 minute

JAKARTA:  Sebuah pesawat pejuang Tentera Nasional Indonesia (TNI) jenis Hawk 209 terhempas di kawasan perumahan di Riau hari ini.

-Advertisement-

Menurut kenyataan TNI, dalam kejadian pada jam 8.13 pagi waktu Indonesia barat itu, pesawat pejuang tersebut terhempas di kawasan Perumahan Mutiara Sialang Indah, Desa Kubang Jaya, Kabupaten Kampar, Riau.

Juruterbang pesawat itu Apriyanto Ismail dilaporkan terselamat selepas menggunakan kerusi lenting dan kini dirawat di Hospital Dr Soekirman Lanud Pekanbaru.

-Advertisement-

Menurut media tempatan, penghuni dua buah rumah yang rosak teruk tersebut dilaporkan tidak berada di rumah ketika kejadian.

Punca nahas pesawat Hawk 209 buatan Britain yang digunakan TNI sejak 1996 itu masih dalam siasatan.

– Bernama

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares