Malim Ghozali Pk meninggal dunia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) 2013, Mohd Ghazali Abdul Rashid, 71, atau lebih dikenali sebagai Malim Ghozali PK meninggal dunia selepas menjalani pembedahan membuang tumor di Hospital Serdang, jam 11.20 pagi tadi.

-Advertisement-

Sasterawan Perak itu, meninggalkan dua balu dan enam anak.

Isterinya, Ratnawati Jamil, 57, berkata Allahyarham menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian jantung, semalam selepas mengalami gangguan pernafasan berikutan ketumbuhan berkenaan semakin membesar.

“Sebelum pembedahan, Allahyarham ceria dan sihat, walaupun susah untuk bernafas.

“Bagaimanapun, tahap kesihatannya merundum selepas menjalani pembedahan semalam,” katanya.

-Advertisement-

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Ad Duha dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, selepas Asar hari ini.

Sementara itu, akaun Facebook Malim Ghozali Pk dihujani ucapan takziah termasuk sasterawan, pengarang, penyair dan penggiat persatuan penulis.

Malim Ghozali Pk yang dinobatkan sebagai Sasterawan Perak pada 2014, pengarang prolifik yang menghasilkan karya dalam pelbagai genre.

Antara karyanya ialah novel Redang; Janji Paramaribo; kumpulan cerpen, Usia dan kumpulan puisi, Gemaruang.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share