United ada strategi perangkap Spurs

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Luke Shaw menegaskan Manchester United ada taktik yang diperlukan untuk menewaskan Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di sini, awal pagi esok, waktu Malaysia.

-Advertisement-

United menghadiahkan kekalahan pertama kepada bekas pengurus mereka, Jose Mourinho di Spurs menerusi kemenangan 2-1 pada Disember lalu yang menyaksikan dua jaringan Marcus Rashford memastikan mata penuh buat mereka di Old Trafford.

Shaw mendedahkan mereka melihat video perlawanan menentang Spurs sebelum ini sebagai persiapan dan yakin taktikal pada perlawanan terbabit boleh membantu mereka menang sekali lagi ke atas lawan.

“Kami boleh berbangga dengan persembahan sebelum ini di Old Trafford. Kami menyaksikan video perlawanan itu dan kami memang tidak dapat ditangani pada perlawanan terbabit.

-Advertisement-

“Kami sentiasa mengasak Spurs dan memastikan mereka sukar bermain seperti yang mereka mahukan. Apabila kamu mendapat bola, kami pantas membuat keputusan.

“Selain gol mereka yang hebat tetapi mungkin bola terkena tangan, mereka tidak banyak mencipta peluang. Saya berharap kita dapat belajar sesuatu daripada perlawanan itu bagi aksi Jumaat ini (Sabtu waktu Malaysia),” katanya.

Shaw turut mengakui betapa pentingnya perlawanan ini dan berkata ‘magnitud perlawanan ini dan bagaimana ia menentukan musim kami jika kami berjaya mendapatkan keputusan positif membuatkan ia sangat penting.

“Kami hanya perlu bermain seperti biasa dan pastikan bersedia sepenuhnya untuk mendapatkan permulaan yang baik,” katanya.

– AGENSI

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share