Dua penunggang maut dalam kemalangan

Estimate Reading Time: < 1 minute

MACHANG: Dua penunggang maut selepas motosikal mereka terlibat dalam kemalangan di Kampung Merbau Chondong, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, di sini, semalam.

-Advertisement-

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu mangsa dikenali sebagai Muhammad Faris Alias, 21, dipercayai menunggang dari arah Kota Bharu untuk pulang ke rumahnya di Machang terlibat kemalangan dengan motosikal ditunggang seorang remaja, Irfan Bakhtiar Izani, 16.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintenden Ganti Jimmy berkata, kedua-duanya mengalami cedera parah di kepala.

-Advertisement-

“Kedua-dua mereka meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

-SH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share