Sekolah Seperti biasa pada November dan Disember 2020

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 23 Jun 2020 (The Capital Post) – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan pindaan penggal persekolahan bagi sekolah kerajaan dan sekolah banguan kerajaan bagi sesi 2020 bermula pada 1 Januari 2020 dan akan tamat pada 17 Disember 2020 bagi sekolah dalam negeri Kumpulan A manakala sekolah dalam negeri Kumpulan B bermula pada 2 Januari 2020 akan tamat pada 18 Disember 2020.

-Advertisement-

Langkah pembukaan sekolah pada bulan November dan Disember tahun ini (2020) adalah untuk menebus kembali cuti yang telah digunapakai sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

-Advertisement-

KPM telah membuat keputusan untuk membuka semulah secara berperingkat setelah mendapat pandangan dan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) dan Majlis Keselamatan Malaysia (MKN) telah melalui beberapa sesi menyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia.

Notis pindaan takwim ini dimaklum oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui satu surat siaran bilangan 6 Tahun 2020 kepada pihak media sebentar tadi. – The Capital Post

Share this Article
  • 2K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2K
    Shares