Sevilla bangkit ikat Villareal

Estimate Reading Time: < 1 minute

MADRID: Sevilla kembali melonjak ke tangga ketiga La Liga selepas seri 2-2 di Villareal, di mana Bruno Soriano beraksi buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun akibat kecederaan.

-Advertisement-

Paco Alcacer meletakkan Villareal di depan pada minit ke-18 dan Pau Torres mengembalikan kelebihan gol selepas kapten Sevilla Sergio Escudero menyamakan kedudukan.

Munir El Haddadi memastikan Sevilla pulang dengan satu mata dan memintas Atletico Madrid dengan gol penyamaan minit ke-63, sekaligus menamatkan deretan tiga kemenangan Villareal.

Pemain Sevilla, Munir El Haddadi (tiga dari kiri) diraikan rakan pasukan selepas menjaringkan gol. - Foto AFP
                           Pemain Sevilla, Munir El Haddadi (tiga dari kiri) diraikan rakan pasukan selepas menjaringkan gol. – Foto AFP

-Advertisement-

Keputusan seri itu mengukuhkan kedudukan Villareal untuk Liga Europa dengan Real Sociedad tercicir daripada kelayakan ke kejohanan Eropah itu.

Bruno, sebahagian daripada skuad Sepanyol di Euro 2016, tampil buat kali pertama sejak Mei 2017 dengan menggantikan Alcacer, selepas berehat panjang akibat kecederaan lutut yang hampir menamatkan kariernya.

“Sudah terlalu lama saya tidak beraksi sehingga saya tidak tahu apa yang boleh dikatakan.

“Ia amat penting buat saya. Saya cuba kembali beberapa kali. Saya tidak bohong, ada ketika saya rasa seperti lebih baik untuk tidak meneruskannya,” kata Bruno.  – AFP

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share