Pelancongan kesihatan dibenarkan sepanjang PKPP

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kemasukan warga asing ke Malaysia bagi tujuan perubatan dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa, iaitu sehingga 31 Ogos ini.

-Advertisement-

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata fasa 1A pelaksanaan kelonggaran itu hanya meliputi kes evakuasi perubatan seperti pesakit kritikal yang memerlukan rawatan intensif di unit rawatan rapi (ICU) dan unit kebergantungan tinggi (HDU).

“Bagi fasa 1B pula, kebenaran ini membabitkan individu yang mempunyai masalah kesihatan serius seperti barah, jantung dan penyakit lain.

-Advertisement-

“Mereka perlu mendapatkan surat temu janji dari hospital yang berdaftar dengan Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), sebelum dibenarkan masuk ke negara ini.

“Kebenaran bagi fasa pertama ini hanya bagi perjalanan ke Malaysia melalui laluan udara dengan seorang penjaga dibenarkan untuk dibawa bersama,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share