Perlis benarkan solat Aidildha, ibadah korban

Estimate Reading Time: < 1 minute

KANGAR: Perlis membenarkan ruang solat dan perkarangan masjid di seluruh negeri ini dibuka sepenuhnya dengan syarat ia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

-Advertisement-

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, bertitah demikian dalam satu kenyataan hari ini.

-Advertisement-

Manakala ibadat di surau seluruh negeri ini masih belum dibenarkan setakat ini dan masyarakat digalak melaksanakan ibadat di masjid. Namun, ibadat di surau sekolah dibenarkan.

Perlis juga membenarkan solat Aidiladha dan ibadah korban tertakluk kepada SOP yang ditetapkan, titah baginda. – Bernama

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share