Romero pemain termuda dalam saingan La Liga

Estimate Reading Time: < 1 minute

MADRID: Pemain Real Mallorca, Luka Romero mencipta sejarah apabila apabila menjadi pemain termuda yang beraksi dalam saingan La Liga pada usia 15 tahun dan 219 hari, awal pagi tadi.

-Advertisement-

Selepas menjalani latihan bersama skuad senior buat kali pertama pada 1 Jun lalu, Romero yang beraksi di bahagian tengah dibawa masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-83 ketika pasukan itu tewas 0-2 di tangan Real Madrid.

“Ia detik yang tidak akan dilupakan,” kata Romero menerusi ciapan di Twitter.

-Advertisement-

“Terima kasih kepada semua di Real Mallorca kerana memberikan peluang ini kepada saya. Saya tidak akan lupakan hari ini.”

Romero mengatasi rekod yang dipegang selama 81 tahun oleh Francisco Bao Rodriguez atau dikenali sebagai ‘Sanson’ yang beraksi buat Celta Vigo menentang Sevilla pada 31 Disember 1939 ketika usianya 15 tahun dan 255 hari.

Romero dilahirkan di Mexico dan boleh juga beraksi buat Sepanyol tetapi keluarganya berasal dari Argentina dan dia sudah pun mewakili skuad bawah 15 tahun Argentina. – AFP

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares