Culik: El ditahan, Thamby dicari

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Seorang suspek kes culik dan penemuan mayat seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, Rawang dikenali ‘El’ ditahan polis malam tadi.

-Advertisement-

Lelaki berusia 26 tahun itu atau namanya Sheikh Ismail Sheikh Hassan ditahan jam 7.30 malam di Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu dan direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan.

-Advertisement-

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmad berkata, polis kini mengesan seorang lagi individu bagi membantu siasatan kes itu dikenali Vikneswarar Nagentiran atau digelar Thamby@Vinod, 28 yang beralamat di New Green Park, Rawang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta salurkan kepada pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan Farouq Fakhzan Mohd Nordin, di talian 017-2251403,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-BH

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares