Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 1,007 orang pagi Ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat apabila 1,007 mangsa daripada 307 keluarga ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa daerah setakat 8 pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, 325 mangsa daripada 104 keluarga ditempatkan di empat PPS di Kota Belud dan 539 mangsa daripada 161 keluarga ditempatkan di lima PPS di Tenom.

“Selain itu, 61 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di satu PPS di Papar, 38 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di dua PPS di Penampang dan 44 mangsa daripada 12 keluarga, di tempatkan di satu PPS di Beaufort,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan sebanyak 11 daerah yang melibatkan 132 kampung di Sabah, terjejas akibat hujan lebat Sabtu lepas.

– BERNAMA

 

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share