Perlu cakna teknologi kekang jenayah

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa pihak berkuasa memberi perhatian lebih serius terhadap penggunaan dron dalam aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah.

-Advertisement-

Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata MCPF percaya bahawa penggunaan dron adalah salah satu contoh bagaimana teknologi moden dan canggih boleh disalahgunakan oleh sesetengah individu untuk melakukan aktiviti jenayah.

“Berdasarkan kepada taktik terbaru ini, MCPF yakin berkemungkinan besar ada lagi beberapa kaedah teknologi lain yang digunakan oleh penjenayah.

“Dalam isu ini, pihak kerajaan seharusnya meneroka lebih banyak kemampuan beberapa teknologi terkini yang ada agar sentiasa lebih jauh ke hadapan daripada penjenayah.

-Advertisement-

“Penggunaan teknologi dalam penguatkuasaan undang-undang dan pencegahan jenayah kini membangun dengan pesat. Dari dron, kaedah analisis dan ramalan kepada biometrik boleh digunakan untuk menjaga keselamatan rakyat dengan lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lam Thye berkata kerajaan juga perlu sentiasa peka terhadap trend terkini dalam pembanterasan jenayah kerana kebanyakan teknologi cepat berkembang.

Minggu lalu, Polis Johor menahan suspek dikenali sebagai ‘Boy Setan’ yang terbabit menyeludup dadah dari Johor Bahru ke Singapura menggunakan dron.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share